Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Monday 19 October 2009

Kempori Di Raja Pengakap Negeri Terengganu 2009 ... Edaran Kontinjen Hulu Terengganu

Pengetua & Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Hulu Terengganu yang berkenaan.

1. SMK Tengku Ampuan Intan
2. SMK Jenagor
3. SM Imtiaz Kuala Berang
4. SK Tengku Ampuan Intan
5. SK Cheting
6. SK Bukit Gemuroh
7. SK Peroh
8. SK Menerong
9. SK Kuala Jenderis

Tuan,

AKTIVITI KOKURIKULUM : KEMPORI DIRAJA PENGAKAP SEKOLAH MENENGAH/RENDAH NEGERI TERENGGANU 2009

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, tuan dikehendaki untuk memilih dan menghantar peserta untuk program tersebut sebagaimana berikut:

Tarikh : 29 Oktober – 01 November, 2009
Lapordiri : 29 Oktober, 2009 (8.30 pagi)
Tamat : 01 November, 2009 (2.00 petang)
Tempat : Kem pengakap Telaga Batin, Seberang Takir,
Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

3. Bersama-sama ini juga dilampirkan hebahan berkaitan program tersebut.

4. Semoga dengan kerjasama serta sokongan tuan akan memperkasakan lagi aktiviti kokurikulum yang cemerlang dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
”Bersama Melonjakkan Prestasi Pendidikan”

Saya yang menurut perintah,


(HAJI ABD. RAHMAN BIN ABU BAKAR)
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu
(Pengurusan Pembangunan Manusia)
b.p. Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu.

No comments:


Designed by Najjah Indahart