Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Wednesday, 14 December 2011

Daulat Tuanku ... Pertabalan Yang Di Pertuan Agong ke-14

DAULAT TUANKU

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA AL SULTAN ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH

Upacara Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah berlangsung pagi semalam (13 Disember 2011).

Majlis Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah disiarkan secara langsung di TV1 di mana upacara melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 di adakan di Istana Negara.

Dengan pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 ini, maka Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah akan memegang tampuk pemerintahan Malaysia bagi tempoh 5 tahun. Ini adalah merupakan kali kedua Sultan Abdul Halim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Kali pertama pada 21 September 1970 untuk tempoh lima tahun, berakhir 20 September 1975.

Baginda diputerakan pada 28 November 1927 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah. Baginda menaiki takhta pada 14 Julai, 1958 selepas kemangkatan ayahanda baginda Sultan Badlishah. Baginda merupakan lulusan Wadham College Oxford United Kingdom dengan ijazah Sains Sosial dan Pentadbiran Awam, baginda pernah menyertai Perkhidmatan Awam Negeri Kedah dalam tahun 1950an.

Manakala Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V pula telah dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama.

Upacara bermula pada 11.15 pagi (13 Disember 2011) dengan Mesyuarat Majlis Khas Raja-raja ke-227 sempena Istiadat Melafaz Sumpah Memegang Jawatan dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan oleh baginda di Balairong Seri.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad kemudian menyembah surat sumpah jawatan kepada Tuanku Abdul Halim, yang memakai pakaian Diraja Kedah yang dikenali sebagai 'Sikap' yang terdiri daripada jaket pendek, berbelah di hadapan dan berkolar tinggi lengkap dengan tenggolok, seluar, sampin dan bengkung serta berkeris.

Baginda kemudian melafazkan sumpah jawatan dan menandatangani surat sumpah jawatan itu di hadapan Majlis Raja-Raja.

Daulat Tuanku… Daulat Tuanku… Daulat Tuanku…

Semoga Allah lanjutkan usia Tuanku dan melimpahkan rahmat kepada seluruh rakyat Malaysia..


Edited from Velasrizal Rodriguez post on Tuesday, December 13

http://akudansesuatuz.blogspot.com/2011/12/upacara-pertabalan-yang-di-pertuan.html

http://muttaqiah.blogspot.com/2011/12/pertabalan-yang-di-pertuan-agong-ke-14.html#

No comments:


Designed by Najjah Indahart