Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Wednesday 7 December 2011

CIR 20, 52011 - PERADUAN BERGAMBAR PENGAKAP PERINGKAT WILAYAH ASIA PACIFIK KALI KE-10 BERTEMAKAN "YOUTH FOR CHANGE"

Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) telah menerima emel dari World Organization Scouts lMovement /Asia Pacific Region (WOSM/APR) mengenai Peraduan Bergambar peringkat Wilayah Asia Pasifik kali ke-10 bertemakan "Youth For Change" .

2. Bersama-sama ini dikepilkan siaran mengenai program yang akan diadakan untuk makluman YBhg. Dato'/Datuk/Tuan.

3. Sehubungan dengan itu, Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) amat berbesar hati jika pihak YBhg. Dato'/Datuk/Tuan dapat memaklum dan memanjangkan mengenai program tersebut kepada semua ahli pengakap di peringkat Negeri mahupun Daerah yang berminat untuk menyertai pertandingan bergambar Pengakap APR kali ke-10 yang akan diadakan ini.

Segala kerjasama, bantuan dan perhatian dari pihak YBhg.Dato'/Datuk/Tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MEIALUI KEPENGAKAPAN"

"1 MALAYSIA"

Yang menjalankan tugas

Persekutuan Pengakap Malaysia,

MOHD ZAKI NURUD-DIN @ NORDIN

Ketua Setiausaha Eksekutif

s.k:

- YBhg. Dato' Seri Paduka Ketua Pengakap Negara

- YBhg. Dato' Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara

- YBhg. Datuk Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara

- YBhg. Tuan Pesuruhjaya Antarabangsa.

No comments:


Designed by Najjah Indahart