Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Wednesday 7 December 2011

JAMBORI MALAYSIA KE-12 & ”TERENGGANU INTERNATIONAL SCOUT JAMBOREE 2011” : RAKAMAN UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

YBhg. Dato’/Datuk/Tuan,

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Alhamdulillah, sukacita dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu, Majlis Pengakap Negeri Terengganu dan Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia telah sempurna mengelola Jambori Malaysia ke-12 & ”Terengganu International Scout Jamboree 2011” mulai 17 hingga 25 November 2011, di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Seberang Takir, Kuala Terengganu.

3. Saya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih di atas segala sokongan dan kerjasama yang telah YBhg. Dato’/Datuk/Tuan berikan kepada saya semasa mengelola jambori ini. Sokongan dan kerjasama YBhg. Dato’/tuan telah memberikan semangat dan kekuatan kepada saya dalam menyempurnakan tugas saya.

4. Saya berdoa dan berharap agar kita semua Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri bersatu, sepakat dan sebulat suara seperti yang telah YBhg. Dato’/Datuk/Tuan berikan kepada saya sewaktu Jambori Malaysia ke-12, 2011.

Segala kerjasama dan sokongan YBhg. Dato’/Datuk/Tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI KEPENGAKAPAN ”

Saya yang menjalankan tugas,

(HAJI OTHMAN BIN ISMAIL, AMT., PJK.,)
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
Negeri Terengganu Darul Iman.

No comments:


Designed by Najjah Indahart