Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Wednesday, 7 December 2011

UKOM 02 ... Jambori dapat sambutan pelbagai Negara

Oleh : SURIATI BINTI ALI

Kira-kira 10,800 pengakap dari 21 negara penuh minat menyertai Jambori Malaysia ke-12 dan Jambori Antarabangsa Negeri Terengganu yang di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Seberang Takir, Kuala Terengganu.

Antara Negara menyertai jambori yang diadakan selama lapan hari dan berakhir 25 November itu adalah Mesir, Jepun, Hongkong, Singapura, Vietnam, Nepal, Indonesia, Sri Langka, Brunei, Maldives dan Kazakhstan.

Pelbagai aktiviti diadakan, termasuk Kembara Bandar, Aktiviti Lasak, Aktiviti Air, Pertandingan Kebudayaan, Forum Perdana dan Persembahan Perdana.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata lebih 4,000 peserta dari Terengganu menyertai jambori kali ini dan selebihnya iaitu, 6,000 peserta dalam negara serta 800 lagi dari luar negara.

Katanya, dia mahu setiap peserta mengambil manfaat sepenuhnya aktiviti ini kerana mampu memupuk semangat kerjasama antara pelbagai kaum, membina jati diri supaya lebih berdisplin, mengerat hubungan persaudaraan dan mengenali cara hidup dan budaya pelbagai Negara.

“Pihak kami berbangga kerana Terengganu dipilih sebagai tuan rumah jambori secara tidak langsung dapat memperkenalkan kecantikan dan keunikan negeri ini kepada masyarakat luar.

“Sehubungan itu, peserta dan urusetia jambori sewajarnya meluangkan masa melawat di pelbagai lokasi menarik yang terdapat di negeri ini yang nyata boleh menambah pengalaman dan pengetahuan,” katanya.

Unit Komunikasi Negeri

No comments:


Designed by Najjah Indahart