Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Friday 9 October 2009

Dalam Kenangan Bersama ... Allahyarham Tuan Haji Wan Ibrahim Hasan

Al- Fatihah... Setelah sekian lama allahyarham terlantar di hospital, akhirnya beliau telah dijemput untuk pergi mengadap-Nya buat selama-lamanya. Setiap yang pergi sudah pastinya takkan kembali.
AQELA dan warga Pengakap Hulu Terengganu menganggapkan pemergian allahyarham adalah satu kehilangan besar dalam pengakap dan sebagai salah seorang "mentor" kepada AQELA. Banyak yang telah AQELA pelajari dari allahyarham, kerana allahyarham tidak kedekut dalam memberikan panduan.
AQELA sedang dikalungkan Anugerah Manikayu [PKK] di Korobori Pengakap Kanak-Kanak 1998 di Kem Telaga Batin, Kuala Terengganu oleh Allahyarham Tuan Haji Wan Ibrahim Hasan.

Sepanjang mengenali allahyarham, AQELA berpendapat allahyarham merupakan seorang Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu yang mempunyai visinya tersendiri serta tegas. Komitmen allahyarham terhadap kepengakapan tanpa mengira waktu serta keadaan. Beberapa kali, apabila Persekutuan Pengakap Malaysia Hulu Terengganu mengadakan program sudah pastinya allahyarham tidak akan menguzurkan diri untuk bersama-sama kami.

Kenangan bersama Allahyarham Tuan Haji Wan Ibrahim di salah satu program Pengakap di peringkat daerah Hulu Terengganu.

AQELA sempat menguruskan beberapa program sepanjang perkhidmatan allahyarham sebagai Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu antaranya Kem Perda [Perkhemahan Pengakap Daerah] 1998, Belukar Bukit, Program Apresiasi Pengakap Hulu Terengganu, Ekspidisi Berakit Pengakap Hulu Terengganu dan yang paling tidak boleh dilupakan oleh AQELA ialah KOROBORI PENGAKAP NEGERI TERENGGANU 2003, Taman Pertanian Negeri Sekayu, Kuala Berang. Allahyarham juga telah mengalungkan Anugerah Manikayu kepada AQELA dan Tuan Rosley di Korobori Pengakap Negeri Terengganu 1998 di Kem Telaga Batin, Kuala Terengganu. Acara tersebut telah diadakan dengan penuh istiadat.
Dari kiri Encik Nor Azmi A. Bakar, AQELA, Allahyarham Tuan Haji Wan Ibrahim Hasan, Encik Mohd Maznan dan Encik Mohd Helmi Sidek.

Namun setelah beberapa peristiwa, perhubungan kami juga agak menjarak. Tetapi tidak ramai yang tahu antara kami masih lagi berSMS. Paling terakhir allahyarham mengucapkan TAHNIAH kepada kami kerana mampu menganjurkan Asia Pasific Region Jamboree On The Air [APR JOTA 2009].

Akhir kalam, AQELA dan seluruh warga Pengakap Hulu Terengganu mengangkat tangan dan berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat serta di golongkan di kalangan orang-orang yang beriman serta dikasihi-NYA... Amin

1 comment:

hajimas said...

Al Fatihah !
Semoga Allah mencucuri rohmatNya ke atas Allahyaraham.
Saya banyak menimba ilmu pengakap dpd beliau semasa menjadi pemimpin pengakap kumpulan 07 SMK Seberang Takir (SMK IBRAHIM FIKRI)Seberang Takir. 1969-1974.

Hj Maskun Sarnan
PPN PKK Johor.


Designed by Najjah Indahart