Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Friday 1 February 2008

PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI TERENGGANU : KEPENGAKAPAN DI KUALA BERANG MAMPU BERGERAK AKTIF

"Tahniah ... Persekutuan Pengakap Malaysia Hulu Terengganu mampu menjalankan aktiviti yang sangat aktif sepanjang tahun 2007 dan juga telah menguruskan Kontinjen Pengakap Negeri ke Kempori Muhibbah kali ke-14 di Kuala Lumpur.

Dengan adanya sokongan semua pihak seperti Kuasa-kuasa Penganjur Kumpulan (Pengetua/Guru Besar) dan Pemimpin-pemimpin yang berkaliber serta dedikasi. Terutamanya sokongan dari Tuan Pengerusi Majlis Pengakap Daerah dan juga Tuan pegawai Pelajaran Daerah selaku yang menaungi serta sebagai kuasa penganjur yang tertinggi. Saya berharap PPM Hulu Terengganu dan juga pasukan-pasukan Pengakap di Kuala Berang akan mencapai satu tahap yang akan membanggakan semua pihak dengan jalinan aktiviti-aktiviti yang telah dirangka oleh Pasukan Latihan Pengakap Hulu Terengganu".





Tuan Haji Othman bin Ismail, PJK, AMT
Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu

No comments:


Designed by Najjah Indahart