Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Sunday 24 February 2008

INFO ... KURSUS PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN MANIKAYU (INDUKSI & MODUL A) UNTUK PEMIMPIN SEKOLAH HULU TERENGGANU 2008

Seramai 70 orang pemimpin Pengakap seluruh Hulu Terengganu telah menghadiri kursus tersebut dengan jayanya. Kursus ini adalah kaedah terbaru yang dikeluarkan oleh Pasukan Latihan Pengakap Negara. Kursus ini juga adalah kali pertama diadakan dalam negeri Terengganu. Encik Hamidi bin Salleh telah mengetuai kursus yang diadakan bermula 21 hingga 23 Feb 2008. Kemudahan serta kesesuaian lokasi kursus diadakan telah banyak membantu kejayaan kursus ini.

Sepanjang kursus diadakan para peserta telah didedahkan dengan pelbagai pengetahuan berkaitan dengan pengurusan, pentadbiran serta cara-cara memimpin kumpulan secara lebih berkesan. Tuan Haji Othman bin Ismail, Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu dan juga Encik Mohamad bin Sulaiman, Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri (Pentadbiran) Terengganu telah berada di lokasi kursus untuk memantau perjalanan kursus tersebut. Mereka mengucapkan tahniah di atas kejayaan Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu dan Persekutuan Pengakap Malaysia Hulu Terengganu atas kejayaan penganjuran tersebut.



Senarai Jurulatih :

  • Encik Hamidi bin Salleh
  • Encik Mohd Din bin Jusoh
  • Encik Noorjamalullail bin Mohd Nor
  • Encik Mohd Fadzil bin Baharuddin
  • Encik Rizal
  • YM Tengku Mohd Razali bin Tengku Ngah
  • Tuan Haji Nazim

Senarai Pembimbing :

  • Encik Wan Ibrahim bin Wan Nik
  • Puan Norhamimah binti Hamdan
  • Encik Ahmad Tajuddin bin Mahmood
  • Encik Ahmad Yusri bin Mustafa
  • Encik Abdul Salim bin Adam
  • Encik Nik Rozi bin Nik Ishak
  • Encik Hamdan bin Hussin

Senarai Urusetia :

  • Encik Rosley bin Mat Hassan
  • Encik Esham bin Busu
  • Encik Abdul Malik bin Ali
  • Encik Yusof bin Endut
  • Encik Zainuddin bin Abd. Rahman

No comments:


Designed by Najjah Indahart