Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Tuesday 5 February 2008

PERKHEMAHAN PASUKAN BADAN BERUNIFORM HULU TERENGGANU 2008

3 Februari 2008 (Ahad) : Satu mesyuarat Jawatankuasa Kokurikulum Pasukan Badan Beruniform (PBB) telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu, Kuala Berang. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Othman bin Long, Penyelia Kokurikulum, Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu. Beberapa wakil PBB telah hadir mesyuarat berkenaan. Antara mereka yang hadir ialah Encik Khalid Ali (GPK Kokurikulum, SK Kuala Dura), Encik Ismahadi (TKRS), Encik Esham Busu (Pengakap), Encik Yusof Endut (Pengakap), Encik Mazlan A. Manap (Pengakap), Puan Siti Kembang Salleh (Pandu Puteri) dan Puan Zaleha Muda (Puteri Islam).

Mesyuarat ini telah memutuskan untuk menganjurkan satu perkhemahan PBB Sekolah Rendah Hulu Terengganu 2008 yang akan diadakan bermula 18 hingga 21 Februari 2008 bertempat di Pusat Kokurikulum JPNT, Kuala Berang. Dijangkakan seramai 200 orang pelajar sekolah rendah yang menganggotai pelbagai pasukan badan beruniform akan turut serta dalam perkhemahan ini. Seramai 50 orang pegawai dan juga jurulatih akan terlibat dengan perkhemahan ini. Perkhemahan ini merupakan acara tahunan PPD Hulu Terengganu.

No comments:


Designed by Najjah Indahart