Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Saturday 16 February 2008

INFO ... KEMPORI QBER 2008 ... AKTIVITI PENYERTAAN : SEKTOR E



  • Forum & Pameran (Agensi Anti Dadah Hulu Terengganu)
    Satu sesi forum yang akan dikendalikan bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan Hulu Terengganu akan diadakan. Peserta yang menghadiri serta melibatkan diri secara aktif sepanjang sesi forum akan mendapat cop aktiviti forum ini.

Forum & Pameran (Jabatan Alam Sekitar)
Satu sesi forum yang akan dikendalikan bersama Jabatan Alam Sekitar Terengganu akan diadakan. Peserta yang menghadiri serta melibatkan diri secara aktif sepanjang sesi forum akan mendapat cop aktiviti forum ini.




  • Kembara Mengenal Hutan (Jabatan Perhutanan Daerah Hulu Terengganu)
    Sesi kembara ini akan dijalankan di sekitar Hutan Lipur Sekayu yang penuh flora dan fauna. Para peserta juga akan melawati bilik pameran Jabatan Perhutanan yang letaknya di dalam kawasan hutan lipur berkenaan.

Mencari Kenalan Kempori
Sepanjang kempori ini berlangsung, para peserta adalah digalakkan mencari kenalan dari pelbagai bangsa dan juga agama serta dari pelbagai lokasi. Semoga persaudaraan di dalam kepengakapan ini akan berkekalan. Kempori ini bermula dan akan berakhir, namun persaudaraan di dalam kepengakapan tidak akan berakhir.




  • Pameran Agensi & Kerjaya
    Beberapa agensi serta jabatan akan dijemput untuk mempamerkan fungsi masing-masing. Ini adalah untuk menggalakkan para peserta untuk lebih berpengetahuan serta bermotivasi terutama dalam bidang kerjaya di masa hadapan.

Lawatan Sekitar Hulu Terengganu
Para peserta akan dibawa nelawat beberapa lokasi yang mempunyai nilai sejarah serta nilai pelancongan di daerah Hulu Terengganu. Antara lokasi yang dicadangakan ialah Memorial Batu Bersurat, Pengkalan Gawi dan Taman Kuang.

No comments:


Designed by Najjah Indahart