
Perasmian penutup dijangka akan disempurnakan oleh Tuan Haji Othman bin Ismail, Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu. Kursus ini adalah julung-julung kalinya dikelolakan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Hulu Terengganu. Tujuan utama kursus ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada semua pemimpin pengakap yang berada di kumpulan masing-masing dengan maklumat terbaru tentang dunia kepengakapan. Kursus ini juga adalah sebagai "refresher course" kepada pemimpin pengakap dalam mengurus serta mentadbir kumpulan pengakap masing-masing.
Kursus ini akan dijalankan dengan kerjasama Pasukan Latihan Pengakap Negeri Terengganu. Para jurulatih serta pembimbing yang dilantik adalah di kalangan pemimpin Pengakap yang aktif serta berpengalaman dari seluruh negeri Terengganu.
- p/s: Untuk mendapatkan Jadual Kursus, sila muat turun dari Quberscout Yahoo Group.
1 comment:
kursus pengurusan dan kepimpinan manikayu ni peringkat berapa? Untuk hulu terengganu saha ke
Post a Comment