Taman Pertanian Negeri, Sekayu (TPNS) adalah destinasi percutian yang menawarkan pilihan yang mampu memenuhi pelbagai citarasa. Taman ini terletak di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu. Jaraknya kira-kira 52km dari Pusat Bandar Raya Kuala Terengganu dan 16km dari Kuala Berang. Ianya telah mula dibangunkan oleh Jabatan Pertanian pada tahun 1982. Destinasi agro-pelancongan ini berlatarbelakangkan hutan semulajadi yang dihiasi dengan air terjun dan diadun dengan kawasan pelbagai jenis buah-buahan, ternakan dan ternakair. Kawasan ini menawarkan satu suasana yang nyaman lagi indah, sesuai untuk kegiatan rekreasi, beristirehat, beriadah dan pembelajaran. Dengan keluasan 85 hektar taman ini telah diberi wajah baru mulai tahun 2007. Ia menjadi satu ikon baru agro-pelancongan, eko-pelancongan dan edu-pelancongan bagi Negeri Terengganu.
Komponen Taman Pertanian Negeri, Sekayu ialah:
Taman Firdaus
Taman Eksotika
Taman Rusa
Taman Orkid
Taman Ilmu
Taman Rekreasi
Dataran Festival
Kemudahan Taman Pertanian Negeri, Sekayu ialah:
Rumah Rehat
Blok Asrama
Kolam Mandi
Kolam Rekreasi
Kolam Memancing
Dewan Makan
Pentas Terbuka
Kawasan Perkhemahan
Tandas Awam
Dataran Festival
Basikal
Kayak
Gerai Cenderahati
Padang Permainan Kanak-Kanak
Sumber oleh: Taman Pertanian Negeri, Sekayu, Kuala Berang.
No comments:
Post a Comment