Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Saturday, 8 November 2008

MISI MUSTAHAK.... AKELA, Pok Lie dan SUHTRG

Segalanya bermula sebagai "misi rahsia"... Takut, bimbang, risau dan sebagainya berada di dalam kotak minda AKELA... Mungkin permasalahan dalaman atau pentadbiran juga berlaku di Negeri atau Daerah lain... Perkara yang sama... Pendaftaran Keahlian dan Kumpulan, Pengurusan Kursus Kepimpinan Manikayu, Pentauliahan, Anugerah dan sebagainya... Atas dasar untuk menyelesaikan masalah bukan menimbulkan masalah, AKELA telah menjemput beberapa orang rakan AKELA di QUBER untuk bersama menapak ke "BP House"... Namun ajakan atau pelawaan ini menjadi dingin serta tidak mendapat sambutan... Walau macamana pun, AKELA tetap ingin meneruskannya hatta diri AKELA keseorangan sahaja yang menapak ke sana. Alhamdulillah, ajakan serta pelawaan AKELA telah disambut oleh Pok Lie (ASC Kelana/ADC Pentadbiran) dan Malik (SUHTRG)... Tindakan pertama AKELA ialah mendapatkan persetujuan "ORANG BESAR" di Ibupejabat @ "BP House" untuk menerima kunjungan kami... Dengan bantuan beberapa orang rakan, AKELA telah berjaya mendapatkan nombor telefon bimbit Tuan Shahril Kuru (Penolong Setiausaha Eksekutif - Latihan)... Itulah orang yang menjadi sasaran utama AKELA ke "BP House"... AKELA telah menghantarkan beberapa SMS Perkenalan kepada beliau... Dan akhirnya terjawab dengan panggilan telefon Tuan Shahril Kuru kepada AKELA... Mungkin bimbang akan di"serang" atau berlaku sesuatu yang tak baik... Tuan Shahril mencadangkan kami tidak ke BP House untuk tujuan itu (Alasan sebenar AKELA adalah untuk menyelesaikan beberapa perkara berkaitan kursus manikayu untuk ke "BP House")... Setelah menerangkan bahawa kunjungan kami adalah sebagai kunjungan hormat secara personal atas nama persaudaraan Pengakap, barulah Tuan Shahril bersetuju dengan kunjungan kami... Kami sedar pemimpin kecil seperti kami tiada gunanya untuk meniru atau meneruskan budaya negatif di dalam Kepengakapan... Sebenarnya kamilah "Pemimpin Besar" dalam Pengakap kerana melahirkan Ahli Pengakap yang kental dan bersemangat waja... Kami adalah Pemimpin paling dekat dengan Ahli pengakap berbanding Pemimpin "BESAR NEGERI" atau "KEBANGSAAN"... Terkadang kita harus sedar TANPA ahli Pengakap siapa Pemimpin Pengakap Kumpulan? Siapa Pemimpin Pengakap di peringkat daerah? Siapa Pemimpin pengakap di peringkat negeri? Siapa pula layak jadi Pemimpin Pengakap di Peringkat kebangsaan? Kita harus menunjukkan contoh yang baik serta bermoral... Budaya menyerang peribadi atau menyerang tugasan orang IBUPEJABAT bukan budaya kami...
  • IKUTI LAGI CATATAN YANG TERSURAT DAN TERSIRAT UNTUK MISI MUSTAHAK 2008...

No comments:


Designed by Najjah Indahart