Jumaat, 14/11/2008
Tepat seperti yang dijanjikan, para peserta berkumpul dihadapan PPDHT pada pukul 7.45. Cigku Din serta anak-anak buah beliau seramai 4 orang telah menunggu dengan penuh sabar. Saudara Mizie dan Rezal telah sedia menanti dengan kereta masing-masing. Perancangan awal untuk menghantar kontigen Qber ke bandar Kuala Terengganu dengan van terpaksa ditukar. Terpaksalah kami bertiga jadi prebet sapu malam itu. Tepat pukul 8.00 malam, kami bertolak ke stesen bas K.T dengan diiringi deraian rahmat dari Ilahi...
Konvoi 3 buat kereta tidaklah kebosanan sangat kerana sambil memandu dapat juga kami gunakan kemudahan radio amatur... Terima kasihlah kepada 9w2CZC kerana memperkenalkan kami kepada dunia radio amatur. 8.45 mlm, kami selamat sampai distesen bas KT. Para peserta tidak sabar untuk berangkat ke JAJ08 .. Rupanya saudara Man dan anak buahnya dari IMTIAZ sudah menunggu sejak lepas maghrib lagi. 9.30mlm, para peserta menaiki bas untuk ke Mersing. Disana telah menunggu AKELA serta beberapa orang lagi rakan yang telah berlepas awal dengan kenderaan masing-masing. Saya bersama Rakan-rakan berharap agar Kontigen Qber selamat pergi dan balik serta teruja dengan setiap aktiviti yang dijalankan di JAJ08..
Laporan: YUSAZRI_F5E
1 comment:
ada juga yang terlalu cxited n ada mak ayah budak2 ni yang terlalu awl sampai kat tempat yang bertemu janji iaitu jam 6.30 petang...mereka setia menunggu hingga jam 7.40 macam tu...tulah mak ayah yang terlalu sayangkan anak mereka tapi dalam masa yang sama cuba membuatkan anak mereka berdikari...semoga maju jaya
Post a Comment