Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Friday 29 February 2008

LENSA QBER ... KOLOKIUM PESURUHJAYA 2007













Koleksi Foto Dirakam oleh:

Sdr. Yusof Endut
Sdr. Mazlan Abdul Manap

INFO ... UNIT KOMUNIKASI ... PPM HT

SALAM PERSAUDARAAN PENGAKAP


SATU PERJUMPAAN AKAN DIADAKAN OLEH

UNIT KOMUNIKASI

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

HULU TERENGGANU


TARIKH:

29 FEBRUARI 2008


HARI :

JUMAAT


MASA :

8.30 MALAM


LOKASI :

SK BUKIT PERAH,

AJIL, TERENGGANU DARUL IMAN.


SASARAN:

SEMUA AHLI DAN PEMIMPIN PENGAKAP

HULU TERENGGANU


OBJEKTIF :

UNTUK MENAMBAH KEMAHIRAN PENGGUNAAN RADIO AMATUR

SERTA

MEMPERKUKUHKAN SILATURRAHIM


SALAM 73


CHERIOOOOOOO......


9W2 CZC

Monday 25 February 2008

INFO ... PPM HULU TERENGGANU ... PENTADBIRAN

ASSALAMUALAIKUM....
SALAM SEJAHTERA....
SALAM PERSAUDARAAN PENGAKAP SEJAGAT....


BERIKUT ADALAH SENARAI NO. DAN NAMA KUMPULAN YANG TELAH DISUSUN SEMULA UNTUK MELICINKAN PENTADBIRAN KUMPULAN DAN JUGA PPM HULU TERENGGANU :

HT 01 : (1918) 15-06-1961 SK KUALA BERANG
HT 02 : (3105) 13-10-1967 SK TENGKU AMPUAN INTAN
HT 03 : (3106) 13-10-1967 SK DUSUN
HT 04 : (2363) 12-06-1964 SK TELAGA
HT 05 : (8353) 11-09-1990 SMA MAHMUDIAH
HT 06 : SK PAUH
HT 07 : (3107) 13-10-1967 SK BUKIT PERAH
HT 08 : (4648) 27-03-1974 SMK TENGKU AMPUAN INTAN
HT 09 : (8354) 11-09-1990 SK BUKIT DIMAN
HT 10 : (3109) 13-10-1967 SK BUKIT GEMUROH
HT 11 : (4232) 27-04-1972 SK PEROH
HT 12 : SK SERI BERANG
HT 13 : (3986) 13-02-1971 SK LANGGAR
HT 14 : (3987) 13-02-1971 SK TANGGOL
HT 15 : SK SUNGAI BERUA
HT 16 : (8355) 11-09-1990 SK FELDA MENGKAWANG
HT 17 : (8356) 11-09-1990 SMK LANDAS
HT 18 : (6698) 02-09-1985 SMK AJIL
HT 19 : (6699) 02-09-1985 SK GETANG
HT 20 : (8357) 11-09-1990 SK LKTP BUKIT BADING
HT 21 : SMK KUALA TELEMONG
HT 22 : (7406) 19-10-1987 SK TENGKAWANG
HT 23 : (6700) 02-09-1985 SK KUALA TELEMONG
HT 24 : (6701) 02-09-1985 SK KUA
HT 25 : (7321) 29-08-1987 SK BUKIT TADOK
HT 26 : (7126) 06-11-1986 SK PASIR NERING
HT 27 : (7322) 29-08-1987 SK FELDA JERANGAU BARAT
HT 28 : (7323) 29-08-1987 SK PASIR TINGGI
HT 29 : SK TOK RANDOK
HT 30 : (8358) 11-09-1990 SK LEREK
HT 31 : (8359) 11-09-1990 SK LUBOK PERIUK
HT 32 : (8360) 11-09-1990 SK MATANG
HT 33 : (8361) 11-09-1990 SK MENERONG
HT 34 : (8362) 11-09-1990 SMK MATANG
HT 35 : (8363) 11-09-1990 SK SUNGAI BULOH
HT 36 : (8364) 11-09-1990 SK PADANG SETAR
HT 37 : (8365) 11-09-1990 SK TAPAH
HT 38 : (8366) 11-09-1990 SK KEMAT
HT 39 : (8367) 11-09-1990 SK KUALA JENDERIS
HT 40 : (8368) 11-09-1990 SK NIBONG
HT 41 : (8472) 17-05-1991 SM IMTIAZ KUALA BERANG
HT 42 : (8952) 07-06-1994 SK PADANG SETEBU
HT 43 : (8956) 21-06-1994 SK PEREH
HT 44 : (8957) 21-06-1994 SK KUALA DURA
HT 45 : (8856) 03-09-1993 MRSM KUALA BERANG
HT 46 : (8857) 03-09-1993 SK FELDA TERSAT
HT 47 : (8858) 03-09-1993 SMK MENERONG
HT 48 : SK BETONG
HT 49 : SK KUALA PING
HT 50 : SK TAPU
HT 51 : SK CHETING
HT 52 : SMK SERI BERANG
HT 53 : PASUKAN KELANA "C"
HT 54 : SK BINJAI KERTAS
HT 55 : (8513) PASUKAN KELANA "A"
HT 56 : SK BUKIT APIT
HT 57 : SK SERI BULUH
HT 58 : SMK JENAGOR
HT 59 : SMK KUALA JENDERIS
HT 60 : SMK TERSAT
HT 61 : SK TERIS
HT 62 : SK AJIL
HT 63 : SK LANDAS
HT 64 : SMK BUKIT DIMAN
  • SEBARANG MASALAH ATAU PERTANYAAN SILA HUBUNGI
ENCIK ESHAM BIN BUSU : 013-964 1840
(PENGERUSI LATIHAN)
ENCIK ZAINUDDIN BIN ABDUL RAHMAN :019-963 1930
(PENGERUSI PROGRAM)
ENCIK ROSLEY BIN MAT HASAN :013-966 8532
(PPPD HT - PENTADBIRAN)
ENCIK ABDUL MALIK BIN ALI :019-967 5274
(SETIAUSAHA MAJLIS PENGAKAP HULU TERENGGANU)

Sunday 24 February 2008

INFO ... KURSUS PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN MANIKAYU (INDUKSI & MODUL A) PEMIMPIN SEKOLAH HULU TERENGGANU 2008

TAHNIAH SERTA SYABAS KEPADA SEMUA PESERTA KURSUS

1 . RAZALI BIN AWANG - SK BINJAI KERTAS
2 . HASNU BIN ZAHID - SK BUKIT APIT
3 . NORAINI BINTI OTHMAN - SK BUKIT GEMUROH
4 . ASMAT BINTI SALIM - SK BUKIT PERAH
5 . ROSLIZA BINTI MAT SAID - SK CHETING
6 . AZMAN BIN MAHMUD - SK FELDA TERSAT
7 . AMRAN BIN ARIF - SK FELDA JERANGAU BARAT
8 . KU AHMAD PUZI BIN KU ISMAIL - SK FELDA MENGKAWANG
9 . NOR ASMA BT MOHD - SK KEMAT
10. MAZLAN BIN ABD.MANAP - SK KUA
11. WAN MOHD SUKRI BIN WAN JUSOH - SK KUALA JENDERIS
12. SHAMSHURIZAT BIN HASHIM - SK KUALA PING
13. KASYFOLLAH BIN SULONG - SK KUALA TELEMONG
14. SYAHREDZAL BIN ZAKARIA - SK LANDAS
15. ROHAYANTI BINTI SULONG - SK LANGGAR
16. MOHD SABRI BIN ISMAIL - SK LEREK
17. ZAMZURI ARIFIN BIN MOHD KESAH - SK MATANG
18. ZAHARUDDIN BIN ABD. RAZAK - SK MENERONG
19. A.RAHIM BIN ZAHID - SK NIBONG
20. NORBAIZURA BINTI RAZAK - SK PADANG SETEBU
21. AHMAD SHAHRIR BIN MUHAMAD - SK PASIR TINGGI
22. MOHD PAUZI BIN SULAIMAN - SK PEREH
23. NOR LAILA BINTI AMBAK - SK PEROH
24. ZAMZURI BIN ABDULLAH - SK SERI BERANG
25. MASRIN BIN MAAROF - SK SERI BULOH
26. MOHD YUSNI BIN MANSOR - SK SG BERUA
27. ROHANI BINTI HARUN - SK SG BULOH
28. ABDUL JAMAL BIN ABDULLAH - SK TELAGA
29. ZAIDI BIN A.GHANI - SK TENGKAWANG
30. IDAWATI BINTI NGAH - SK TENGKU AMPUAN INTAN
31. TENGKU FATIMAH BINTI TENGKU ZAINAL ABIDIN -SK TERIS
32. SAMERI BIN JUSOH - SK TOK RANDOK
33. AZMI BIN MOHAMAD - SMK AJIL
34. ROZITA BINTI MAT RAZAB - SMK JENAGOR
35. RADZALI BIN YUSOF - SMK KUALA JENDERIS
36. RAMLI BIN EMBONG - SMK MATANG
37. FATIHAH ABD.KADIR - SMK MATANG
38. SUZANA BINTI TAIB - SMK MENERONG
39. BADRUL HISHAM BIN TAWANG - SMK MENERONG
40. ROZITA BINTI MOHAMMAD AMIN - SMK MENERONG
41. SARINA BINTI TAHIR - SMK MENERONG
42. MOHD AZMAN ESHAM BIN SAAT - SMK SERI BERANG
43. NURUL AKMAL BINTI MOHAMED SERKERY - SMK SERI BERANG
44. MASLIZA BINTI MAT JUSOH - SMK SERI BERANG
45. HAYATI BINTI ABDULLAH - SMK SERI BERANG
46. NADIA BINTI ABD HALIM - SMK SERI BERANG
47. ROHANIAH BINTI BRAHIM - SMK TENGKU AMPUAN INTAN
48. MOHD NAWAWI BIN HUSSIN - SMK TERSAT
49. ZAINAL ABIDIN BIN ALI - PPDHT
50. MOHAMAD SHAHRIL BIN ABDULLAH - SMA MAHMUDIAH
51. ROSMAZIAH BINTI WAHID - SMA MAHMUDIAH
52. ABDULLAH BIN ABU BAKAR - SM IMTIAZ KUALA BERANG
53. SHARIFAH NURAH BINTI SAYED DOL ISLAM - SM IMTIAZ KUALA BERANG
54. ROZLI BIN ABDULLAH - PASUKAN KELANA HT.
55. MOHD IZZAT AFIFI BIN HJ ABDUL HAMID - PSKN. KELANA A, KUANTAN, PAHANG.
56. HISYAMUDIN BIN ROSLAN - PSKN. KELANA B, MATANG, SARAWAK
57. WAN MOHD SHAHRULMIZAM BIN WAN ABDULLAH - SMK SERI NILAM, KT.
58. ABD RAHMAN BIN A. RAHIM - SMK KOMPLEKS GONG BADAK, KT.
59. MOHD RAFFI BIN ISMAIL - SK MANIR, KT.
60. SHAHRUL AZWAN BIN MOHAMAD @ ENDUT - SMK PANJI ALAM, KT.
61. WAN AHMAD HAIRI BIN WAN ABD AZIZ - SMK TENGKU BARIAH, KT.
62. MOHD AIZARUDDIN BIN ABDULLAH - PASUKAN KELANA B, KT
63. WAN ARINA HAZWANI BINTI WAN MOKHTAR - PASUKAN KELANA B, KT
64. MAT RANI BIN AWANG - SMK BUKIT GUNTONG, KT.
65. SYED MUAZIM FADLI BIN SYED PUTERA -SMK BUKIT GUNTONG, KT.
66. LOW CHIN CHONG -SJK ( C ) LOK KHOON, KMMN
67. AZMI BIN SIDEK -SK SERI NILAM, KT.
68. MD JAFRI BIN NGAH - SMK SULTAN AHMAD, KT.
69. MOHD ISA BIN ABD GHANI - SMKA TOK JIRING, KT.
70. WAN SYALASIAH BINTI WAN ZAKARIA - SK DURIAN MAS 1, DGN.

INFO ... KEMPORI QBER 2008

JENTERA UTAMA MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH
ATAS SOKONGAN DALAM MENJAYAKAN
KEMPORI QBER 2008

KEPADA

TUAN HAJI MOHD ROZALI BIN SALLEH

PEGAWAI DAERAH HULU TERENGGANU

DAN

TUAN HAJI OTHMAN BIN ISMAIL

PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI TERENGGANU

INFO ... KURSUS PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN MANIKAYU (INDUKSI & MODUL A) UNTUK PEMIMPIN SEKOLAH HULU TERENGGANU 2008

Seramai 70 orang pemimpin Pengakap seluruh Hulu Terengganu telah menghadiri kursus tersebut dengan jayanya. Kursus ini adalah kaedah terbaru yang dikeluarkan oleh Pasukan Latihan Pengakap Negara. Kursus ini juga adalah kali pertama diadakan dalam negeri Terengganu. Encik Hamidi bin Salleh telah mengetuai kursus yang diadakan bermula 21 hingga 23 Feb 2008. Kemudahan serta kesesuaian lokasi kursus diadakan telah banyak membantu kejayaan kursus ini.

Sepanjang kursus diadakan para peserta telah didedahkan dengan pelbagai pengetahuan berkaitan dengan pengurusan, pentadbiran serta cara-cara memimpin kumpulan secara lebih berkesan. Tuan Haji Othman bin Ismail, Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu dan juga Encik Mohamad bin Sulaiman, Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri (Pentadbiran) Terengganu telah berada di lokasi kursus untuk memantau perjalanan kursus tersebut. Mereka mengucapkan tahniah di atas kejayaan Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu dan Persekutuan Pengakap Malaysia Hulu Terengganu atas kejayaan penganjuran tersebut.



Senarai Jurulatih :

  • Encik Hamidi bin Salleh
  • Encik Mohd Din bin Jusoh
  • Encik Noorjamalullail bin Mohd Nor
  • Encik Mohd Fadzil bin Baharuddin
  • Encik Rizal
  • YM Tengku Mohd Razali bin Tengku Ngah
  • Tuan Haji Nazim

Senarai Pembimbing :

  • Encik Wan Ibrahim bin Wan Nik
  • Puan Norhamimah binti Hamdan
  • Encik Ahmad Tajuddin bin Mahmood
  • Encik Ahmad Yusri bin Mustafa
  • Encik Abdul Salim bin Adam
  • Encik Nik Rozi bin Nik Ishak
  • Encik Hamdan bin Hussin

Senarai Urusetia :

  • Encik Rosley bin Mat Hassan
  • Encik Esham bin Busu
  • Encik Abdul Malik bin Ali
  • Encik Yusof bin Endut
  • Encik Zainuddin bin Abd. Rahman

INFO ... PERKHEMAHAN PASUKAN BADAN BERUNIFORM SK HULU TERENGGANU 2008

Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Che Soh bin Muda, Penolong Pengarah Unit Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.

Sunday 17 February 2008

INFO ... PERKHEMAHAN PASUKAN BADAN BERUNIFORM HULU TERENGGANU 2008




18 - 21 FEBRUARI 2008
PUSAT KOKURIKULUM,
JABATAN PELAJARAN TERENGGANU,
KUALA BERANG, TERENGGANU DARUL IMAN.

SERAMAI 40 ORANG KEPEGAWAIAN, FASILITATOR DAN JURULATIH TELAH DILANTIK
SERAMAI 200 ORANG PESERTA PASUKAN BADAN BERUNIFORM SEKOLAH RENDAH DAERAH HULU TERENGGANU
  • PERKHEMAHAN INI DIKETUAI OLEH
ENCIK YUSOF BIN ENDUT
SEBAGAI KEM KOMANDAN
DAN DIBANTU OLEH
PUAN SITI KEMBANG BINTI SALLEH
SEBAGAI TIMBALAN KEM KOMANDAN
  • ANTARA AKTIVITI YANG MENARIK AKAN DIJALANKAN IALAH:

SISTEM PENGKALAN

  1. FLYING FOX
  2. ORIENTEERING
  3. KAYAK
  4. WALL CLIMBING
  5. PAINTBALL

AKTIVITI-AKTIVITI LAIN:

  1. TEAM BUILDING
  2. PESEMBAHAN KREATIF
  3. KEMBARA RIMBA

Saturday 16 February 2008

INFO... KURSUS PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN MANIKAYU (INDUKSI & MODUL A) 2008


SENARAI NAMA CALON PESERTA KURSUS DARI DAERAH HULU TERENGGANU :

1. RIDZUAN BIN ABU BAKAR - SK AJIL
2. NIK ASRI BIN NIK LAH - SK BETONG
3. RAZALI BIN AWANG - SK BINJAI KERTAS
4. HASNU BIN ZAHID - SK BUKIT APIT
5. ZAHARI BIN EMBONG - SK BUKIT DIMAN
6. NORAINI BINTI OTHMAN - SK BUKIT GEMUROH
7. ZAMZAIDA BINTI ABU BAKAR - SK BUKIT PERAH
8. CHE HAMIZI BIN CHE ISMAIL - SK BUKIT TADOK
9. ROSLINA BINTI MAT SAID - SK CHETING
10. AZMAN BIN MAHMUD - SK FELDA TERSAT
11. AMRAN BIN ARIF - SK FELDA JERANGAU BARAT
12. KU AHMAD FAUZI BIN KU ISMAIL - SK FELDA MENGKAWANG
13. MOHAMAD ZAINUDDIN BIN SAMSUDIN - SK GETANG
14. NOR ASMA BT MOHD - SK KEMAT
15. MAZLAN BIN ABD.MANAP - SK KUA
16. MOHD ADNAN BIN IBRAHIM - SK KUALA DURA
17. WAN MOHD SUKRI BIN WAN JUSOH - SK KUALA JENDERIS
18. SHAMSHURIZAT BIN HASHIM - SK KUALA PING
19. KASYFOLLAH BIN SULONG - SK KUALA TELEMONG
20. SYAHREDZAL BIN ZAKARIA - SK LANDAS
21. ROHAYANTI BINTI SULONG - SK LANGGAR
22. MOHD SABRI BIN ISMAIL - SK LEREK
23. MARIANI BINTI AHMAD - SK LKTP BUKIT BADING
24. MD AZMAI BIN SAHIT - SK LUBUK PERIOK
25. ZAMZURI ARIFIN BIN MOHD KESAH - SK MATANG
26. AZLINA BINTI ALIAS - SK MENERONG
27. A.RAHIM BIN ZAHID - SK NIBONG
28. MOHD SABRI BIN ABU BAKAR - SK PADANG SETAR
29. NORBAIZURA BINTI RAZAK - SK PADANG SETEBU
30. AHMAD SHAHRIL BIN MUHAMAD - SK PASIR TINGGI
31. MOHD PAUZI BIN SULAIMAN - SK PEREH
32. NOR LAILA BINTI AMBAK - SK PEROH
33. ZAMZURI BIN ABDULLAH - SK SERI BERANG
34. MASRIN BIN MAAROF - SK SERI BULOH
35. MOHD YUSNI BIN MANSOR - SK SG BERUA
36. CIK ROHANI BINTI HARUN - SK SG BULOH
37. RAZALI BIN SHAFIE - SK TANGGOL
38. SUWAIDA BINTI HAMAHMUDDIN - SK TAPAH
39. MOHD SUPIAN BIN ABDUL GHANI - SK TAPU
40. ABD. JAMAL BIN ABDULLAH - SK TELAGA
41. ZAIDI BIN A.GHANI - SK TENGKAWANG
42. IDAWATI BINTI NGAH - SK TENGKU AMPUAN INTAN
43. TG FATIMAH BINTI TG ZAINAL ABIDIN - SK TERIS
44. SAMERI BIN JUSOH - SK TOK RANDOK
45. AZMI BIN MOHAMAD - SMK AJIL
46. MOHD ROZI BIN MAT NOR - SMK JENAGOR
47. ROZITA BINTI MAT RAZAB - SMK JENAGOR
48. RADZALI BIN YUSOF - SMK KUALA JENDERIS
49. SHUKREE BIN YUSOF - SMK KUALA JENDERIS
50. RAMLI BIN OMAR - KUALA TELEMONG
51. ZAKARIA BIN MUHAMAD - SMK LANDAS
52. ILMINZA BINTI ZAKARIA - SMK LANDAS
53. MOHD SAUFI NAWI - SMK MATANG
54. RAMLI BIN EMBONG - SMK MATANG
55. FATIHAH ABD.KADIR - SMK MATANG
56. ALINA BT CHE MAN - SMK MATANG
57. AZFI BIN ALIAS - SMK MATANG
58. SUZANA BINTI TAIB - SMK MENERONG
59. BADRUL HISHAM BIN TAWANG - SMK MENERONG
60. WAHAB BIN AWANG - SMK SERI BERANG
61. CIK ZALIHA BINTI SAID - SMK SERI BERANG
62. MOHD AZEMAN BIN IBRAHIM - SMK TENGKU AMPUAN INTAN
63. ROHANIAH BINTI BRAHIM - SMK TENGKU AMPUAN INTAN
64. MOHD NAWAWI BIN HUSSIN - SMK TERSAT
65. HAJAH MAZIAH BINTI MAHMUD - SMK TERSAT
66. MUHAMAD FADZLIL BIN OTHMAN - SMK BUKIT DIMAN
67. ZAINAL ABIDIN BIN ALI - PPDHT


Selamat Berkursus... Semoga Anda Semua Berjaya...

INFO... MEMORIAL BATU BERSURAT

  • Pada tahun 1887, Batu Bersurat telah dijumpai di kawasan Padang Tara, di tepi Sungai Tara, di Kampung Buloh, Kuala Berang, HuluTerengganu. Kemudian pada tahun 1902, Batu ini dijumpai pula oleh Saiyed Husin bin Ghulam Al Bukhari, seorang ahli perniagaan, dibahagian tangga surau Kampung Buloh yang dijadikan alas membasuh kaki untuk naik ke tangga surau tersebut. Batu itu telah patah sebahagian disebelah atasnya.Saiyed Husin meminta Penghulu Ali dan orang kampung mengangkat dan meletakkannya diatas rakit untuk dibawa ke Kuala Terengganu. Sampai di Kuala Terengganu, batu ini telah di persembahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abidin III dan kemudian batu itu diletakkan diatas Bukit Puteri. Pada tahun 1922 Timbalan Penasihat Inggeris di Terengganu Encik H.S. Peterson meminta seorang jurufoto berbangsa Jepun, N.Suzuki mengambil gambar dan dihantar kepada C.O. Blegden untuk dibuat pembacaan.
  • Batu ini ditulis didalam bahasa Melayu dengan tulisan jawi bertarikh 702 Hijrah. Tulisan pada batu ini menerangkan, Islam sebagai agama rasmi dan hukum-hukum Islam mengenai perbuatan maksiat dan kenyataan -kenyataan palsu beserta dengan hukuman mengikut taraf seseorang.Pada tahun 1923, batu ini telah dihantar ke Muzium Singapura dengan jalan pinjaman. Apabila Muzium Negara di Kuala Lumpur siap dibina, batu bersurat tersebut telah dibawa ke Kuala Lumpur sebagai pinjaman dari Muzium Raffles Singapura.Pada 12 Februari 1987, Kerajaan Negeri Terengganu telah menulis surat kepada Jabatan Muzium menyatakan hasrat untuk mendapat kembali Batu Bersurat tersebut untuk dijadikan bahan pameran di Muzium Negeri Terengganu. Pada tahun 1991, Jumaah Menteri telah memutuskan supaya Batu Bersurat dipulangkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu.

  • Pada 6 Julai,1991, jam 9.30 pagi suatu upacara penyerahan kembali Batu Bersurat kepada Kerajaan Negeri Terengganu telah berlansung di Dewan Perjanjian, Tingkat 18, Wisma Darul Iman diantara Kerajaan Persekutuan yang diwakili oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Encik Ismail bin Adam dengan Kerajaan Negeri Terengganu kepada YAB. Dato' Seri Amar Di Raja Tan Sri Haji Wan Mokhtar bin Ahmad, Menteri Besar Terengganu.Batu ini merupakan sebuah peringatan berbahasa Melayu yang terawal yang dijumpai di Semenanjung Malaysia berkaitan dengan pengistiharan Agama Islam sebagai agama rasmi dan Undang-undang Islam.Memorial Batu Bersurat dibangunkan sebagai suatu Peringatan tempat penemuan Batu Bersurat. Batu Bersurat ini merupakan bukti tertulis tentang pengisytiharan Islam sebagai agama rasmi bagi Negeri Terengganu malahan di Semenanjung Malaysia.Memandangkan tempat ini merupakan tapak yang begitu penting dalam pensejarahan negeri dan negara, adalah wajar ianya dibangunkan dan dijadikan sebagai suatu tempat kajian dan kunjungan penduduk negeri ini khasnya dan pelancong-pelancong amnya.

  • Adalah diharapkan dengan adanya Memorial ini lebih ramai pengkaji-pengkaji,peminat-peminat sejarah dan pelancong-pelancong akan berkunjung ke sini untuk melihat keadaan persekitaran tempat yang penting ini, disamping dapat membaca keterangan dan kenyataan yang terkandung pada Batu Bersurat.Memorial ini direkabentuk empat persegi sama seluas 11400cm x 11400cm dan bertingkat tiga belas ( 13 ) termasuk replika Batu Bersurat yang melambangkan Rukun Iman dan jumlah daerah di Negeri Terengganu. Bahan binaannya terdiri daripada batu granite biasa dan granite hitam. Memorial ini di rasmikan oleh YAB. Dato' Sri Amar Di Raja Tan Sri Haji Wan Mokhtar bin Ahmad, Menteri Besar Terengganu pada 13 April, 1992Illustrasi penemuan Batu Bersurat Terengganu di kaki tangga Surau Tok Abdul Rashid, Kampung Buloh, Hulu Terengganu oleh Saiyed Hussin Ghulam Al-Bukhari pada 1320H (1902M).
Dipetik dari:

INFO ... KEMPORI QBER 2008 ... AKTIVITI PENYERTAAN : SEKTOR E



  • Forum & Pameran (Agensi Anti Dadah Hulu Terengganu)
    Satu sesi forum yang akan dikendalikan bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan Hulu Terengganu akan diadakan. Peserta yang menghadiri serta melibatkan diri secara aktif sepanjang sesi forum akan mendapat cop aktiviti forum ini.

Forum & Pameran (Jabatan Alam Sekitar)
Satu sesi forum yang akan dikendalikan bersama Jabatan Alam Sekitar Terengganu akan diadakan. Peserta yang menghadiri serta melibatkan diri secara aktif sepanjang sesi forum akan mendapat cop aktiviti forum ini.




  • Kembara Mengenal Hutan (Jabatan Perhutanan Daerah Hulu Terengganu)
    Sesi kembara ini akan dijalankan di sekitar Hutan Lipur Sekayu yang penuh flora dan fauna. Para peserta juga akan melawati bilik pameran Jabatan Perhutanan yang letaknya di dalam kawasan hutan lipur berkenaan.

Mencari Kenalan Kempori
Sepanjang kempori ini berlangsung, para peserta adalah digalakkan mencari kenalan dari pelbagai bangsa dan juga agama serta dari pelbagai lokasi. Semoga persaudaraan di dalam kepengakapan ini akan berkekalan. Kempori ini bermula dan akan berakhir, namun persaudaraan di dalam kepengakapan tidak akan berakhir.




  • Pameran Agensi & Kerjaya
    Beberapa agensi serta jabatan akan dijemput untuk mempamerkan fungsi masing-masing. Ini adalah untuk menggalakkan para peserta untuk lebih berpengetahuan serta bermotivasi terutama dalam bidang kerjaya di masa hadapan.

Lawatan Sekitar Hulu Terengganu
Para peserta akan dibawa nelawat beberapa lokasi yang mempunyai nilai sejarah serta nilai pelancongan di daerah Hulu Terengganu. Antara lokasi yang dicadangakan ialah Memorial Batu Bersurat, Pengkalan Gawi dan Taman Kuang.

Wednesday 13 February 2008

CADANGAN JADUAL KURSUS PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN MANIKAYU (INDUKSI & MODUL A) 2008

Salam Persaudaraan Pengakap Sejagat,

Perhatian Untuk Semua yang akan menghadiri Kursus berkenaan, Sila ambil cakna dengan info ini.....


21 Feb. 2008
Khamis
2.30 petang
Pendaftaran

3.00 petang
Taklimat
Pengenalan Jurulatih/Pembimbing

3.15 petang
Sesi P1
Apa Itu Kepengakapan?

3.45 petang
Sesi P2
Tujuan & Dasar Berpengakap

4.45 petang
Sesi P3
Sejarah Pengakap

5.45 petang
Rehat

6.00 petang
Sidang Terbuka

Rehat / Makan Malam / Solat Maghrib / Solat Isya’

9.00 malam
Sesi P4
Perkembangan Pengakap di Malaysia

9.20 malam
Sesi P5
Peranan, Tugas & Tanggungjawab Seorang Pemimpin
22 Feb. 2008
Jumaat

Urus Diri / Solat Subuh

7.00 pagi
Sarapan

7.30 pagi
Istiadat Bendera

8.00 pagi
Sesi P6
Pentadbiran PPM, PPN PPD, Kumpulan dan Sokongan

9.00 pagi
Sesi P7
Bahagian Latihan & Sejarah Latihan

9.45 pagi
Sesi P8
Pengenalan Program

10.45 pagi
Rehat

11.00 pagi
Sesi P9
Asas Latihan & Keperluan Kepengakapan Seragam

11.30 pagi
Sesi A1
Dasar Lanjutan Kepengakapan

12.05 tengah hari
Rehat / Makan Tengah Hari / Solat Jumaat

2.00 petang
Sesi A2
Skim dan Anugerah Latihan Kepimpinan Manikayu

2.40 petang
Sesi A3
Perhubungan atau Komunikasi Dengan Baik
3.40 petang
Sesi A4
Kepimpinan

4.25 petang
Rehat / Minum Petang

5.00 petang
Sidang Terbuka

7.00 malam
Rehat / Makan Malam / Solat Maghrib / Solat Isya’

9.00 malam
Sesi A5
Penganugerahan Skim Pengakap
(PKK/PM/PR/PK)

10.10 malam
Rehat / Minum Malam / Urus Diri
23 Feb 2008
Sabtu
6.00 pagi
Urus Diri / Solat Subuh

7.00 pagi
Sarapan

7.30 pagi
Istiadat Bendera

8.00 pagi
Sesi A6
Kemajuan dan Latihan Diri

9.00 pagi
Sesi A7
Perkembangan Kerohanian

9.30 pagi
Rehat / Minum Pagi

10.45 pagi
Sesi A8
Pengurusan Unit
(Menguruskan Rekod & Kewangan)

11.45 pagi
Sesi A9
Pengakap dan Komuniti / Masyarakat

12.45 tengah hari
Rehat / Makan Tengah Hari / Solat Jumaat

2.00 petang
Penilaian & Rumusan

2.30 petang
Penyampaian Sijil

3.00 petang
Istiadat Penutup & Menurunkan Bendera

3.30 petang
Jamuan

4.00 petang
Bersurai

Selamat Berkursus...
Sebarang masalah sila hubungi :
Esham Busu (013-964 1840)

Monday 11 February 2008

INFO ... KEMPORI ... CADANGAN LOGO KEMPORI QBER 2008


Ini adalah merupakan logo yang dicadangkan untuk kegunaan rasmi
Kempori Pengakap Jemputan Kuala Berang 2008
23 hingga 27 Mei 2008
Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Majlis Pemimpin Pengakap Hulu Terengganu yang telah diadakan pada 14 Februari 2008 (Khamis) pada jam 2.30 petang, bertempat di Dewan Ilmu, Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu, Kuala Berang, Terengganu Darul Iman telah membincangkan beberapa perkara utama berkaitan KEMPORI QBER 2008...
  • Pelantikan AJK
  • Aktiviti Penyertaan
  • Aktiviti Pertandingan
  • Logo Rasmi Kempori
  • Logo Anugerah Aktiviti

KURSUS PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN MANIKAYU (INDUKSI & MODUL A) 2008

Kursus Pengurusan dan Kepimpinan Manikayu (Induksi dan Modul A) 2008 ini adalah anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu bersama Persekutuan Pengakap Malaysia Hulu Terengganu. Hampir 60 orang peserta (pemimpin Pengakap Sekolah Menengah dan Rendah) dari daerah Hulu Terengganu sudah pun menyatakan persetujuan untuk hadir ke kursus berkenaan. Kursus ini juga akan disertai oleh beberapa orang peserta dari daerah lain dan juga kumpulan dari luar negeri Terengganu. Kursus ini dijangkakan akan bermula pada jam 2.30 petang pada 21 Februari 2008 dan akan berakhir pada jam 12.00 tengah hari pada 23 Februari 2008, bertempat di Taman Pertanian Negeri, Sekayu, Kuala Berang.

Perasmian penutup dijangka akan disempurnakan oleh Tuan Haji Othman bin Ismail, Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu. Kursus ini adalah julung-julung kalinya dikelolakan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Hulu Terengganu. Tujuan utama kursus ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada semua pemimpin pengakap yang berada di kumpulan masing-masing dengan maklumat terbaru tentang dunia kepengakapan. Kursus ini juga adalah sebagai "refresher course" kepada pemimpin pengakap dalam mengurus serta mentadbir kumpulan pengakap masing-masing.


Kursus ini akan dijalankan dengan kerjasama Pasukan Latihan Pengakap Negeri Terengganu. Para jurulatih serta pembimbing yang dilantik adalah di kalangan pemimpin Pengakap yang aktif serta berpengalaman dari seluruh negeri Terengganu.
  • p/s: Untuk mendapatkan Jadual Kursus, sila muat turun dari Quberscout Yahoo Group.

Saturday 9 February 2008

INFO ... KEMPORI QBER 2008 ... BORANG PENYERTAAN DAN PENDAFTARAN PETUGAS SUKARELAWAN

SALAM PERSAUDARAAN PENGAKAP SEJAGAT KEPADA SEMUA AHLI PENGAKAP.....


Anda boleh dapatkan
BORANG PENYERTAAN
dari Yahoo Group kami....




Semoga kita berjumpa di
Kempori QBER 2008...


Nantikan info
AKTIVITI KEMPORI....

Friday 8 February 2008

MESYUARAT JK MAJLIS PEMIMPIN PENGAKAP HULU TERENGGANU 1/2008

Dengan segala hormat dan sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.
  • Kepada semua ahli jawatankuasa Majlis Pemimpin Pengakap Sekolah Daerah Hulu Terengganu, tuan/puan dikehendaki hadir sepertimana butiran berikut:

Tarikh :
14 Februari 2008

Hari :
Khamis

Masa :
2.30 petang

Lokasi :
Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu

Agenda :

  • Doa
  • Memperbaharui Persetiaan Pengakap
  • Ucapan Pengerusi Mesyuarat (Pesuruhjaya Pengakap Daerah)
  • Kursus Pengurusan dan Kepimpinan Manikayu 2008
  • Kempori Pengakap Jemputan Kuala Berang 2008
  • Lain-lain hal

RAKAMAN SEKITAR MESYUARAT MAJLIS PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAH HULU TERENGGANU KALI PERTAMA 2008 ... HOTEL SERI MALAYSIA MARANG

Encik Esham Busu, Pen. Pesuruhjaya Pengakap Daerah (Latihan) mempengerusikan mesyuarat...

Mesyuarat berjalan lancar.

Sebahagian ahli jawatankuasa sedang meneliti pembentangan laporan aktiviti 2007.

Tuan Haji Abdul Rahman A. Bakar, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Hulu Terengganu sedang menerima cek untuk Peruntukan Mengurus 2007/2008 dari Tuan Haji Othman Ismail, Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu
Berehat sekejap ... Banyak yang perlu dibincangkan serta diambil keputusan

Masa untuk menjamu selera tetapi masih lagi berbincang

Tuesday 5 February 2008

GONG XI FA CHAI


INFO ... DARI TAMAN PERTANIAN SEKAYU, KUALA BERANG ...

Taman Pertanian Negeri, Sekayu (TPNS) adalah destinasi percutian yang menawarkan pilihan yang mampu memenuhi pelbagai citarasa. Taman ini terletak di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu. Jaraknya kira-kira 52km dari Pusat Bandar Raya Kuala Terengganu dan 16km dari Kuala Berang. Ianya telah mula dibangunkan oleh Jabatan Pertanian pada tahun 1982. Destinasi agro-pelancongan ini berlatarbelakangkan hutan semulajadi yang dihiasi dengan air terjun dan diadun dengan kawasan pelbagai jenis buah-buahan, ternakan dan ternakair. Kawasan ini menawarkan satu suasana yang nyaman lagi indah, sesuai untuk kegiatan rekreasi, beristirehat, beriadah dan pembelajaran. Dengan keluasan 85 hektar taman ini telah diberi wajah baru mulai tahun 2007. Ia menjadi satu ikon baru agro-pelancongan, eko-pelancongan dan edu-pelancongan bagi Negeri Terengganu.



Komponen Taman Pertanian Negeri, Sekayu ialah:
  1. Taman Firdaus

  2. Taman Eksotika

  3. Taman Rusa

  4. Taman Orkid

  5. Taman Ilmu

  6. Taman Rekreasi

  7. Dataran Festival


Kemudahan Taman Pertanian Negeri, Sekayu ialah:

  1. Rumah Rehat

  2. Blok Asrama

  3. Kolam Mandi

  4. Kolam Rekreasi

  5. Kolam Memancing

  6. Dewan Makan

  7. Pentas Terbuka

  8. Kawasan Perkhemahan

  9. Tandas Awam

  10. Dataran Festival

  11. Basikal

  12. Kayak

  13. Gerai Cenderahati

  14. Padang Permainan Kanak-Kanak

Sumber oleh: Taman Pertanian Negeri, Sekayu, Kuala Berang.

PERKHEMAHAN PASUKAN BADAN BERUNIFORM HULU TERENGGANU 2008

3 Februari 2008 (Ahad) : Satu mesyuarat Jawatankuasa Kokurikulum Pasukan Badan Beruniform (PBB) telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu, Kuala Berang. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Othman bin Long, Penyelia Kokurikulum, Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu. Beberapa wakil PBB telah hadir mesyuarat berkenaan. Antara mereka yang hadir ialah Encik Khalid Ali (GPK Kokurikulum, SK Kuala Dura), Encik Ismahadi (TKRS), Encik Esham Busu (Pengakap), Encik Yusof Endut (Pengakap), Encik Mazlan A. Manap (Pengakap), Puan Siti Kembang Salleh (Pandu Puteri) dan Puan Zaleha Muda (Puteri Islam).

Mesyuarat ini telah memutuskan untuk menganjurkan satu perkhemahan PBB Sekolah Rendah Hulu Terengganu 2008 yang akan diadakan bermula 18 hingga 21 Februari 2008 bertempat di Pusat Kokurikulum JPNT, Kuala Berang. Dijangkakan seramai 200 orang pelajar sekolah rendah yang menganggotai pelbagai pasukan badan beruniform akan turut serta dalam perkhemahan ini. Seramai 50 orang pegawai dan juga jurulatih akan terlibat dengan perkhemahan ini. Perkhemahan ini merupakan acara tahunan PPD Hulu Terengganu.

Monday 4 February 2008

INFO KEMPORI PENGAKAP JEMPUTAN QBER 2008

Salam Persaudaraan Pengakap Sejagat,


Sebelum...
25 FEBRUARI 2008
Kami akan sampaikan info lagi...


Permohonan untuk menyertai
KEMPORI QBER 2008
"Bandar Di Bawah Tasik"
Masih lagi terbuka untuk
Semua ahli Pengakap Seluruh Malaysia
(tak kira di mana anda berada di selatan tanah air atau di utara tanah air...
Atau pun Sabah dan Sarawak sahaja)
Tarikh Tutup Permohonan....
24 April 2008
Permohonan MESTILAH melalui
  • Pemimpin Kumpulan
  • Pesuruhjaya Pengakap Daerah
  • Pesuruhjaya Pengakap Negeri

Tunggu beberapa pengumuman penting....
Nantikan Pelancaran logo kami...
Untuk mendapatkan lebih banyak info...
Serta Borang Penyertaan...
Sila email terus kepada



Esham bin Busu
Pengerusi Pasukan Latihan
d/a SK Menerong,
21800 Ajil, Terengganu Darul Iman.
esh_tie@yahoo.com

Friday 1 February 2008

PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAH HULU TERENGGANU : TERIMA KASIH...

"Terima kasih dan Tahniah... Kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan aktiviti-aktiviti sepanjang tahun 2007. Harapan saya, semoga tahun 2008 ini PPM Hulu Terengganu akan dapat melaksanakan semua program yang dirancangkan terutamanya Ujian-ujian Skim Lencana semua unit, Kursus Pengurusan dan Kepimpinan Manikayu serta Kempori Pengakap Jemputan QBER (Kuala Berang) 2008.

Dengan adanya perancangan yang kemas serta komitmen yang tinggi dari semua pasti semua ini akan menghasilkan kejayaan".

Tuan Haji Abdul Rahman bin A. Bakar
Pesuruhjaya Pengakap Daerah

merangkap

Penolong Pegawai Pelajaran
(Pengurusan Pembangunan kemanusiaan)
Daerah Hulu Terengganu

PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI TERENGGANU : KEPENGAKAPAN DI KUALA BERANG MAMPU BERGERAK AKTIF

"Tahniah ... Persekutuan Pengakap Malaysia Hulu Terengganu mampu menjalankan aktiviti yang sangat aktif sepanjang tahun 2007 dan juga telah menguruskan Kontinjen Pengakap Negeri ke Kempori Muhibbah kali ke-14 di Kuala Lumpur.

Dengan adanya sokongan semua pihak seperti Kuasa-kuasa Penganjur Kumpulan (Pengetua/Guru Besar) dan Pemimpin-pemimpin yang berkaliber serta dedikasi. Terutamanya sokongan dari Tuan Pengerusi Majlis Pengakap Daerah dan juga Tuan pegawai Pelajaran Daerah selaku yang menaungi serta sebagai kuasa penganjur yang tertinggi. Saya berharap PPM Hulu Terengganu dan juga pasukan-pasukan Pengakap di Kuala Berang akan mencapai satu tahap yang akan membanggakan semua pihak dengan jalinan aktiviti-aktiviti yang telah dirangka oleh Pasukan Latihan Pengakap Hulu Terengganu".





Tuan Haji Othman bin Ismail, PJK, AMT
Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu


Designed by Najjah Indahart